
PPSPM KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 22 Mac – Lebih 400 bubur lambuk diagihkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) kepada pengguna jalan raya di sekitar Banda Hilir dan Pengkalan Rama, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, program mengagihkan bubur lambuk itu adalah acara tahunan PPSPM setiap kali Ramadan.
Katanya, bubur lambuk tersebut telah dimasak oleh kakitangan PPSPM seawal jam 9.30 pagi sebelum diagihkan kepada pengguna jalan raya kira-kira jam 3.30 petang.
“Acara tahunan memasak dan mengagihkan bubur lambuk dalam kalangan kakitangan dan orang awam ini merupakan acara tahunan yang mana kita bersama-sama bergotong-royong memasak hidangan tersebut.
“Bukan sekadar memasak bersama, mengagihkan bubur lambuk ini juga diadakan bersama-sama untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan PPSPM sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata selain bubur lambuk, sebanyak 400 air bandung soda turut diagihkan di sekitar kawasan terlibat.
“Seawal jam 5 petang semua bubur lambuk tersebut telah selesai diagihkan kepada masyarakat sekitar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 PEMIMPIN MASYARAKAT BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 22 Mac - Lebih 2,000 pemimpin masyarakat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara, hari...
15 TAHUN TAK PERNAH LUPA BELANJA BAJU RAYA
BANDARAYA MELAKA 22 Mac - Menyedari ada insan yang serba kekurangan dan tidak mampu membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri, UMNO...
170 PEGAWAI SYARAK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
AYER LIMAU 22 Mac - Seramai 170 pegawai syarak di kawasan Dewan Undangan Negeri. (DUN) Ayer Limau menerima sumbangan sempena...
IBU SIMBAH ANAK DENGAN AIR PANAS KERANA MAIN ALAT SOLEK
MELAKA, 22 Mac - Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia...
PEMUDA UMNO MASJID TANAH SUMBANG BAJU RAYA PERCUMA
MASJID TANAH 22 Mac - Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian...
MELAKA WUJUDKAN KLUSTER ‘HOMESTAY’ BAHARU DI KAMPUNG CHINCHIN
BANDARAYA MELAKA 22 Mac - Kampung Chinchin, Jasin akan dijadikan kluster 'homestay' atau inap desa terbaharu di Negeri Melaka tahun...