
130 ASNAF, IBU TUNGGAL TABOH NANING DISANTUNI
TABOH NANING 21 Mac – Seramai 130 insan memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dibantu bersempena Ramadan dan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin memaklumkan, kesemua mereka terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim yang dikumpulkan dari 10 buah kampung.
Beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, kesemua mereka menerima wang tunai, kit makanan, bubur kacang dan seekor ayam segar.
“Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini dalam menghadapi Ramadan bulan penuh keberkatan dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan Peringkat DUN Taboh Naning di Dewan Besar Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, baru-baru ini.
Menurut Zulkiflee, selain sumbangan, majlis itu turut menonjolkan semangat kerjasama antara pemimpin dan masyarakat menerusi gotong-royong memasak bubur kacang untuk diagihkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANDARAYA MELAKA ANTARA 20 BANDAR BAHAGIA MALAYSIA 2025
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Bandaraya Melaka dinobat antara 20 Bandar Paling Bahagia 2025. Anugerah itu diterima Majlis Bandaraya Melaka...
JASIN ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
JASIN 21 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memulakan tahun 2025 dengan kejayaan membanggakan apabila Bandar Jasin diiktiraf sebagai antara...
‘PELANGGAN MASIH RAMAI’ ALASAN PREMIS HIBURAN LANGGAR HAD MASA OPERASI
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Sebanyak 11 premis hiburan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diperiksa...
KPDN RAMPAS MINYAK ENJIN TIRUAN BERNILAI RM1.15 JUTA
TANGGA BATU 21 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas produk minyak enjin kenderaan motor...
HAB PERINDUSTRIAN BAHARU DI JASIN MAMPU TARIK PELABURAN RM900 JUTA
KOTA LAKSAMANA 21 Mac - Melaka bakal membuka satu lagi kawasan perindustrian di Jasin iaitu Hab Perindustrian Golden Valley Melaka...
GERGASI TELEKOMUNIKASI SINGAPURA KOMITED PERLUAS PELABURAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Melaka terus menjadi lokasi strategik bagi syarikat telekomunikasi gergasi Singapore Telecommunications (Singtel) memperluaskan perkhidmatannya di...