
KHATAM AL-QURAN PERDANA DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Mac – Usaha untuk memeriahkan Ramadan diteruskan lagi Japerun Dewan Udangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerusi penganjuran program khatam al-Quran dijangka melibatkan lebih 500 wanita atau kaum ibu dalam DUN itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, program ilmu itu dijadualkan berlangsung di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, bermula jam 8 pagi, 22 Mac ini.
Katanya, antara objektif program itu adalah mengajak orang ramai untuk menjadikan membaca al-Quran sebagai satu amalan dan menggalakkan umat Islam memahami maksud kitab suci itu.
“Peserta adalah dalam kalangan kaum wanita atau kaum ibu yang sudah memulakan sesi tadarus dalam kumpulan kecil di surau-surau atau rumah sekitar DUN Ayer Limau.
“Jadi pada 22 Mac ini kita kumpul mereka dalam acara kemuncak di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, alhamdulilah setakat ini kita menerima maklum balas dan jumlah penyertaan yang amat menggalakkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berharap, umat Islam dalam DUN Ayer Limau hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAB PERINDUSTRIAN BAHARU DI JASIN MAMPU TARIK PELABURAN RM900 JUTA
KOTA LAKSAMANA 21 Mac - Melaka bakal membuka satu lagi kawasan perindustrian di Jasin iaitu Hab Perindustrian Golden Valley Melaka...
GERGASI TELEKOMUNIKASI SINGAPURA KOMITED PERLUAS PELABURAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Melaka terus menjadi lokasi strategik bagi syarikat telekomunikasi gergasi Singapore Telecommunications (Singtel) memperluaskan perkhidmatannya di...
130 ASNAF, IBU TUNGGAL TABOH NANING DISANTUNI
TABOH NANING 21 Mac - Seramai 130 insan memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dibantu bersempena Ramadan...
UPKK MELAKA 2024 : SEKOLAH DAN MURID CEMERLANG TERIMA INSENTIF
PENGKALAN BATU 21 Mac - Sekolah dan murid cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 akan diberikan penghargaan dalam...
SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEBAKARAN RUMAH SEWA DUA TINGKAT
BANDA HILIR 21 Mac - Seorang lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat...
MPJ RAI, SANTUNI ANAK YATIM DI BULAN MULIA
JASIN 21 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyantuni hampir 50 anak yatim sekitar daerah ini\menerusi Program Kasih Mu Ramadan...