
JANGAN BERLENGAH JELASKAN ZAKAT FITRAH
TANJUNG BIDARA 20 Mac – Umat Islam diingatkan supaya menyegerakan tanggungjawab untuk melunaskan bayaran zakat fitrah, kata Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Abdul Halim berkata, umat Islam diharap supaya menyegerakan tanggungjawab itu kerana Ramadan tahun ini sudah menghampiri penghujungnya.
“Zakat fitrah adalah penyempurnaan kepada ibadah puasa yang kita laksanakan sepanjang Ramadan. Mereka mahu melaksanakan tanggungjawab ini juga diingatkan supaya membuat bayaran kepada amil zakat yang berdaftar.
“Seperti semua maklum tahun ini Melaka menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7, RM15 dan RM22. Bagi memudahkan pembayaran amil ini di lokasi seperti pusat beli-belah, kilang dan amil di kampung-kampung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA LIMA TERAS BAGI KEMAJUAN PELANCONGAN NEGERI
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Melaka melaksanakan lima teras utama yang menjadi pemangkin bagi pembangunan dan kemajuan industri pelancongan negeri...
KEDAI EMAS DISAMUN, PEMILIK RUGI RM250,000
KUALA LINGGI 20 Mac - Pemilik kedai emas kerugian RM250,000 selepas premisnya di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah disamun seorang...
16.5 JUTA PELANCONG DIJANGKA MELAWAT MELAKA SEPANJANG 2025
BANDARAYA MELAKA 20 Mac - Seramai 16.5 juta orang pelancong disasar akan melawat Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus memberi...
PERUNTUKAN LEBIH RM400,000 PERKUKUH INSTITUSI KEAGAMAAN
AYER MOLEK 20 Mac - Sejumlah RM401,250 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi membantu memperkemaskan lagi...
KONDA KONDI CENDERAMATA BUAT TETAMU WTD 2025, WTC 2025
BANDARAYA MELAKA 20 Mac - Permainan tradisional warisan Melaka konda kondi diangkat sebagai cenderamata rasmi sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia...
MELAKA SAH DIPILIH LOKASI PELANCARAN VM 2026
BANDARAYA MELAKA 20 Mac - Kerajaan Persekutuan bersetuju memilih Melaka sebagai lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026). Menteri...