
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac – Seramai 49 mualaf si bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan Ramadan tahun ini.
Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, program khatam al-Quran itu telah bermula sejak 3 Mac lalu dan kesemua mualaf terlibat berjaya menghabiskan 30 Juzuk pada 18 Mac.
“Kita meraikan peserta tadarus al-Quran yang terdiri daripada tujuh peserta lelaki dan 42 peserta wanita yang semuanya adalah dalam kalangan mualaf.
“Kejayaan mereka ini kita raikan kerana usaha bertadarus dan alhamdulillah kesemuanya berjaya khatam al-Quran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamai’e Mualaf Sempena Hari Nuzul Quran Tahun 2025/1446Hijrah di sebuah hotel, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Hairulamin berkata, susulan kejayaan khatam al-Quran itu, MAIM turut memberikan sumbangan berupa sijil dan wang tunai untuk peserta mualaf terlibat.
“Kita beri hadiah kepada peserta ini sebagai galakan supaya mudah-mudahan pada tahun mendatang akan lebih ramai yang dapat khatam pada bulan mulia ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM370,000 DISALURKAN UNTUK SUMBANGAN IHYA RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
TELOK MAS 19 Mac - Sebanyak RM378,000 disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi sumbangan Ihya' Ramadan...
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...