Sorting by

×

MELAKA PANTAU INFRASTRUKTUR AWAM SEPANJANG AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 19 Mac – Kerajaan Negeri akan memastikan setiap infrastruktur awam dipantau serta diselenggara sepanjang perayaan Aidilfitri nanti.

Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau infrastruktur awam terutamanya jalan raya bagi memberikan keselesaan buat orang awam, khususnya anak rantau yang akan pulang sempena perayaan tersebut tidak lama lagi.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, seperti semua maklum, Tahun Melawat Melaka telah disambung sehingga 2026 dan penjagaan infrastruktur awam terutamanya melibatkan jalan raya yang sesak amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri.

“Justeru, Kerajaan Melaka menerusi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah memberi arahan agar PBT dan JKR bersiap-siaga bagi memastikan jalan-jalan yang bermasalah akan diselenggara segera agar tidak mengganggu perjalanan orang awam sepanjang perayaan Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas Program Ihya Ramadan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Mengedar Bubur Lambuk di hadapan Balai Bomba Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Ke-12 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim; dan Ketua Zon Alor Gajah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli.

Whatsapp image 2025 03 18 at 21.29.47
ZULKIFLEE ketika mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya berhadapan Balai Bomba Masjid Tanah pada Program Ihya Ramadan MPAG dan Mengedar Bubur Lambuk.

Sementara itu, pada program tersebut, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang awam yang melalui jalan utama berhadapan Balai Bomba Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post PEMBAYAR ZAKAT FITRAH RM15, RM22 MENINGKAT
Next post 49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN