
LEBIH 2,000 PENJAWAT AWAM MELAKA DIRAI PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 18 Mac – Lebih 2,000 penjawat awam di negeri ini diraikan dalam Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Majlis penuh bermakna itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 7.20 malam.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu kehormat lain.
Acara itu diadakan bertujuan untuk menyuburkan sambutan Ramadan tahun ini, selain memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penjawat awam serta menghargai peranan mereka dalam pembangunan negeri.

Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama majlis itu menjadi simbol kebersamaan serta keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan penjawat awam, yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Melaka.
Terdahulu Ab Rauf telah menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2025 kepada penjawat awam di negeri ini.
Perhimpunan berkenaan berkenaan memfokuskan terhadap agenda serta insiatif Kerajaan Negeri yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.