Sorting by

×

KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH

Masa Membaca:46 Saat

ALOR GAJAH 17 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana Bazar Ramadan Alor Gajah, di sini.

Ketibaan Ketua Menteri kira-kira jam 6.18 petang itu disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir Exco Belia Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam serta Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Pada persinggahan itu Ketua Menteri meninjau menu istimewa ditawarkan seperti martabak, pelbagai jenis lauk, kuih dan mimuman.

Ketua Menteri turut menyantuni peniaga-peniaga di bazar berkenaan dan sempat beramah mesra dengan pengunjung bazar.

Selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit Ketua Menteri kemudian bergerak menuju ke Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang bagi menyempurnakan Majlis Sumbamgan Bantuan Ramadan & Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Parlimen Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
Next post SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK