Sorting by

×

50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KLEBANG 17 Mac – Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau memaklumkan, sambutan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh bermula jam 9 pagi hingga 3 petang dan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri-menteri kabinet.

Jelas Ketua Menteri, dianggarkan seramai 50,000 rakyat akan memeriahkan sambutan itu nanti.

“Kerajaan Negeri amat berbangga apabila dipilih menjadi tuan rumah Hari Raya Madani 2025 peringkat kebangsaan dengan jangkaan pengunjung lebih 50,000 orang.

“Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan bagi memastikan sambutan ini menjadi satu kenangan yang indah buat semua yang hadir sempena Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout ke Glam Bazar Klebang di sini, selain turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah kereta dan motosikal bagi pengunjung yang berbelanja di bazar berkenaan.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mempelawa seluruh rakyat Melaka untuk memeriahkan sambutan yang cukup bermakna di bumi bersejarah ini sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
Next post KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU