Sorting by

×

PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA RUMPUT 15 Mac – Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk Negeri Melaka menjelang Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, ia bagi menyambut kepulangan anak rantau yang pulang beraya pada Syawal nanti.

Menurut Rais, setiap kali apa jua musim perayaan, kesemua PBT tidak pernah tertinggal dalam mengindah dan menceriakan kawasan masing-masing bagi menambah ‘mood’ kemeriahan perayaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Saya percaya kesemua PBT telah pun menggerakkan Jabatan Landskap dan Jabatan Pengindahan Bandar masing-masing untuk memastikan keceriaan di lokasi tumpuan diberi perhatian.

“Kita mahu kesemua anak rantau yang pulang ke Melaka dapat merasai keindahan pintu masuk negeri dalam perjalanan pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Tangga Batu di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakub, Tanjung Minyak, baru-baru ini.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput merangkap Penyelaras Japerun Sungai Udang memaklumkan, selain pintu masuk negeri, kawasan pelancongan juga turut diberi tumpuan untuk kerja-kerja pengindahan dan keceriaan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Kita tahu, selain pulang beraya, ada di antara anak rantau ini juga akan mengunjungi kawasan pelancongan untuk bercuti dan bergambar bersama keluarga.

“Tambahan pula, Tahun Melawat Melaka telah dilanjutkan sehingga 2026 seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, jadi kita mahu aspek kebersihan dan keceriaan ini sentiasa dipertingkatkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
Next post CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI