
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac – Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari ini).
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata kesemua baucar tersebut diagihkan di tiga Bazar Ramadan Ramadan (BRR) di negeri ini.
Katanya, tiga BRR terbabit adalah di BRR Pekan Alor Gajah, BRR Jasin Bestari dan BRR Taman Seri Duyong.
“Pengagihan baucar ini adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha menggalakkan transasksi digital tanpa tunai.
“Ia diperluaskan menerusi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang menggalakkan transaksi digital tanpa tunai.
“ReDI dilaksanakan di semua BRR Negeri Melaka melalui agihan baucar e-dompet bernilai RM20 seorang dan penebusan boleh dilakukan di aplikasi Touch N’ Go,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan BRR Negeri Melaka 2025 di BRR Taman Seri Duyong, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...