Sorting by

×

MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

MACHAP JAYA 14 Mac – Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih anak-anak istimewa untuk disantuni pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan tahun ini.

Kesemua mereka diraikan pada program Peduli Siber, Asnaf Sejahtera anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertempat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah, di sini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, menerusi program itu, seramai 106 anak-anak istimewa daripada tiga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Alor Gajah dipilih untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat serta individu persendirian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan merangkap Penyelaras Japerun Rembia memaklumkan, program itu sekali gus menjadi manifestasi menunjukkan bahawa nasib ‘anak-anak syurga’ di negeri ini tidak pernah dipinggirkan Kerajaan Negeri.

“Seperti kita tahu setiap kali tiba Ramadan, kebanyakan pihak memilih anak-anak yatim serta pelajar tahfiz untuk disantuni, tetapi kita di peringkat pemimpin dalam kawasan Parlimen Alor Gajah membuat kelainan dengan menyantuni anak-anak istimewa dan keluarga mereka.

“Usaha ini, tidak lain dan tidak bukan adlaah untuk memberi sokongan kepada keluarga insan istimewa dan menunjukkan kepada mereka bahawa masih ada yang sayang,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem dan Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Adun Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan Mohamad Rizal Ahmad; Pengarah MCMC Negeri Melaka Syed Isa Al-Sagoff serta lain-lain kenamaan.

Menurut Fairul Nizam, program santunan anak-anak istimewa itu dicadang akan dijadikan acara tahunan setiap kali tibanya Ramadan dalam usaha untuk memastikan nasib segenap lapisan masyarakat yang memerlukan perhatian terbela.

“Saya berharap dengan adanya program seperti ini, ia dapat membuka mata ramai pihak untuk kita bersama-sama membuka mata dan memberi perhatian kepada anak-anak syurga di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
Next post GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN