
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac – Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri bagi menyambut Syawal dengan lebih bermakna.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin memaklumkan, penerima itu terdiri daripada 154 penduduk DUN Paya Rumput dan 110 dari DUN Sungai Udang terdiri dalam kalangan mereka yang memerlukan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput dan Penyelaras Japerun Sungai Udang menzahirkan harapan sumbangan itu dapat meringankan beban penerima selain memberi sinar kebahagiaan kepada rakyat memerlukan menjelang Syawal.
“Kegembiraan terpancar di wajah penerima sumbangan dan ini menjadi penguat semangat untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dan memberi sinar kegembiraan menjelang Syawal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Peringkat DUN Sungai Udang dan Paya Rumput di Dewan Japerun Sungai Udang, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Fasarul Md Isa; Penghulu DUN Paya Rumput dan DUN Sungai Udang Roshidi Muhammad Jamil Neo; Setiausaha Japerun Sungai Udang Along Chik Abdul Hadi; Setiausaha Japerun Paya Rumput Mohd Khawari Fazmi Zulkefli serta pemimpin setempat.
Dalam pada itu, Rais turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis berkenaan dengan penuh keikhlasan dan semangat kebersamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.