Sorting by

×

‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 13 – Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan selama dua minggu bermula 8 Mac lalu.

Perkara itu dikongsi Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer menerusi Facebook rasmi beliau.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka akan sentiasa memantau aliran trafik di laluan berkenaan sepanjang tempoh percubaan berlangsung.

Whatsapp image 2025 03 13 at 3.37.59 pm
JKR Melaka ketika menjalankan kerja memasang papan tanda No Right Turn di Persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh pada 8 Mac lalu.

“Inisiatif ini antara strategi penyuraian trafik di laluan berkenaan khusus pada waktu puncak, selain JKR melakukan pemantuan, kita juga amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengguna jalan raya sendiri.

“Semoga dengan pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pemandu dan penunggang dengan aliran trafik yang lancar sebaliknya meningkatkan lagi aspek keselamatan buat semua pengguna,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pemandu dan penunggang agar sentiasa peka dan mengikut arahan pada papan tanda yang dipasang di laluan terbabit bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
Next post 1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI