Sorting by

×

MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar Ramadan Bersama Mualaf Negeri Melaka bersempena Ramadan tahun ini.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, siri pertama program itu akan diadakan pada 12 Ramadan iaitu tanggal 13 Mac bertempat di Surau Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM.

“Program tersebut akan bermula pada jam 10 pagi membabitkan beberapa pengisian, antaranya solat Shuha berjemaah, ceramah dan solat Zohor berjemaah.

“Untuk siri pertama, ceramah pertama bertajuk Menelusuri Sirah Rasulullah dan Para Sahabat berpuasa dalam Bulan Ramadan yang akan disampaikan Ustaz Muhammad Dzarif Ahmad Zahidi.

“Muslimin dan muslimat khususnya mualaf di Negeri Melaka adalah dijemput untuk hadir ke program ini,” kata kenyataan itu.

482347825 1063037899191070 1244026867738210143 n

Menurut MAIM, Program Qiyamunnahar Ramadan siri kedua pula akan diadakan pada tanggal 20 Mac (19 Ramadan) juga diadakan di lokasi sama iaitu Surau Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM.

Siri kedua itu, ujar beliau akan membawakan ceramah bertajuk Meraih Kelebihan dan Fadilat Malam yang disampaikan Ustaz Yusfariman Bohari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
Next post PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN