Sorting by

×

BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 12 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh masa bertindak atau ‘response time’ membabitkan panggilan kecemasan diterima.

Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Pisar Aziz berkata, sasaran pihaknya adalah untuk memastikan setiap ‘response time’ dibuat oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini adalah di bawah tempoh sembilan minit.

“Berdasarkan masa tindak balas ketika ini adalah sembilan minit dan ke bawah, namun ia bergantung kepada beberapa faktor termasuklah jarak lokasi dan keadaan jalan raya.

“Berdasarkan ‘response time’ ini, tiada isu lambat membabitkan insiden kebakaran tetapi tetapi mungkin ada kelewatan seperti kes pokok tumbang,” katanya selepas Program Ihya Ramadan 1446H Bersama TYT Yang di-Pertua Negeri di BBP Jasin Bestari, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memastikan sasaran tempoh masa bertindak dapat dipendekkan, JBPM Melaka akan memastikan aspek kesiapsiagaan anggota serta penyelenggaraan jentera berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa.

“Penting ‘response time’ dapat dicapai kerana ini dapat memastikan misi pemadaman (api) dan penyelamatan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan dalam dalam apa jua kes kecemasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK 
Next post KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ