
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada 11.15 pagi oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.
Beliau berkata kejadian dilaporkan kepada polis pada 10.30 pagi semalam oleh seorang nelayan tempatan yang memberitahu rakannya dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus.
“Mangsa dilihat keluar ke laut bersendirian menggunakan sampan sekitar 7 pagi sebelum dikatakan terjatuh ke dalam laut.
“Ketika ditemukan, mangsa berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah dan berseluar sukan hitam. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada kesan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan penemuan itu, Abdul Rozak berkata operasi CARILAMAT ditamatkan pada 12.20 tengah hari, manakala waris telah membuat pengecaman sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...