
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang tahun ini dengan nilai kutipan hasil dianggarkan mampu mencapai RM6.5 juta.
Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah mengakui angka berkenaan agak besar, namun tetap optimis mampu mencapai sasaran ditetapkan berdasarkan kepada sinergi kerjasama pelbagai pihak selain komitmen daripada kakitangannya sendiri.
“Pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan sepanjang tahun dalam usaha menarik kunjungan lebih ramai pelawat, promosi juga kita rancakkan lagi.
“Kejayaan kemasukan percuma pada 20 Februari lalu sempena Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu menjadi bukti keberkesanan usaha ini dengan catatan 10,827 pelawat dalam sehari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Erne sejak tujuh dekad penubuhannya, PERZIM memainkan peranan penting dalam memelihara dan memartabatkan warisan sejarah serta budaya Negeri Melaka.
“Dengan semangat dan dedikasi tinggi, kita berharap dapat terus memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan warisan utama negara. Ini sekali gus memastikan generasi akan datang terus menghargai sejarah dan budaya yang kaya di negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...