
Pekerja pusat jagaan didakwa lakukan amang seksual
AYER KEROH, 22 Dis – Seorang pekerja pusat jagaan kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan.
Tertuduh, Lim Chong Long, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.
Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat jika sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Melaka Tengah, pada 9 dan 17 Disember 2020.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain tidak mencadangkan jaminan.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Gan Seong Kim merayu agar jaminan dibenarkan dengan jumlah yang minima.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa atau saksi selain menetapkan 26 Januari depan tarikh sebutan semula kes.
Views:
Related


Berita Lain
#DUYONGKITA ‘BERAYA’ DALAM STADIUM
DUYONG 8 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada 26 April depan menampilkan kelainan apabila bakal...
KANSER KOLOREKTAL: PEMBUNUH UTAMA KAUM LELAKI DI MALAYSIA
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka [caption id="attachment_129099"...
CABUTAN BERTUAH MENANTI TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ASAHAN
ASAHAN 8 April - Hanya dengan memuat turun aplikasi Asahan Sejahtera, tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
SAMBUTAN HARI TVET NEGARA PADA 11 HINGGA 13 JUN DI MELAKA
PUTRAJAYA, 8 April - Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga...
STOK PLATELET BERKURANG, ORANG MELAKA BERAT LEBIH 55KG DISARAN TAMPIL DERMA DARAH
AYER KEROH 8 April - Bank Darah Melaka (Melakabloodbank) memaklumkan stok bekalan platelet mula menunjukkan penurunan sepanjang musim cuti perayaan...
TUJUH PELAJAR MRSM TERLIBAT KES BULI DISYOR TAMAT PENGAJIAN – ASYRAF WAJDI
NIBONG TEBAL, 8 April - Jawatankuasa disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengesyorkan tujuh pelajar MRSM di sini yang terlibat...