
MENARA TAMING SARI AGIH 300 BUBUR LAMBUK PERCUMA
BANDA HILIR 8 Mac – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) telah mengagihkan sebanyak 300 bungkus bubur lambuk secara percuma kepada orang awam, semalam.
Agihan bubur lambuk tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Halil Mohamed Jaafar, bersama-sama Pengurus Pemasaran dan Korporat MTSB, Mohd Husni Husin serta 20 kakitangan yang lain.
Agihan tersebut dilakukan di Jalan Tun Khalil Yaakob yang terletak berhadapan Menara Taming Sari.
Aktiviti tersebut merupakan acara tahunan MTSB dan pelaksanaan edaran itu dilaksanakan setiap hari Jumaat pada sepanjang bulan Ramadan.
Agihan seterusnya akan diadakan pada 14 dan 21 Mac bermula jam 3 petang.
Pihak MTSB bekerjasama dengan Adabi Melaka bersama-sama memasak menyediakan juadah bubur lambuk tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...