Sorting by

×

PROMOSI PELANCONGAN LAUT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA LAKSAMANA 7 Mac – Sektor pelancongan laut di Melaka mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong domestik serta luar negara.

Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Chapter, Goh Hock Gin berkata, ia susulan permintaan serta ‘trend’ pelancongan masa kini yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

“Jika kita lihat di Melaka, walaupun sebuah negeri kecil namun ada banyak kawasan pelancongan laut yang menarik seperti Taman Laut Melaka yang merangkumi Pulau Nangka, Pulau Dodol dan Pulau Besar.

“Selain itu, perairan Melaka juga mempunyai pemandangan matahari terbenam (sunset) yang cantik, jadi ia juga perlu diusahakan bagi mencapai jumlah pelancong yang lebih ramai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis ‘Soft Launching’ Sunset Cruise Bersama MATTA Melaka Chapter di perkarangan Jeti Pejabat Laut Marina Melaka di sini, baru-baru ini.

Whatsapp image 2025 03 07 at 11.37.09
GOH HOCK GIN

Jelasnya, sektor pelancongan laut juga mampu melonjakkan ekonomi rakyat serta industri, sekali gus memberi manfaat sepenuhnya kepada pembangunan negeri amnya.

“Sektor pelancongan laut ada potensi menarik sejumlah besar pemain industri dari dalam serta luar negara kerana tarikan Melaka itu sendiri sudah dikenali oleh seluruh dunia.

“Kita tidak boleh lagi tumpu hanya kepada pelancongan darat, sebaliknya kita perlukan tarikan baharu untuk pelancong serta penggemar khazanah laut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ‘TERIMA KASIH KETUA MENTERI, YB HELMY’
Next post TUJUH PENIAGA DI KLEBANG TERIMA GERAI BAHARU