
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan dan minuman kepada ‘kaki ponteng puasa’.
Jurucakap JAIM berkata, pemeriksaan akan dijalankan di pelbagai lokasi seluruh negeri yang didapati beroperasi lebih awal.
“Operasi khas dan kempen penghayatan Ramadan akan dijalankan seawal jam 9 pagi dan antara premis yang diperiksa adalah di restoran mamak serta medan selera.
“Namun begitu, dalam operasi yang dijalankan setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat walaupun pasukan penguatkuasa ada mengesan individu yang berkelakuan mencurigakan berhenti berhampiran premis makanan,” katanya.
Menurut jurucakap JAIM, pihaknya juga akan mempergiat pemantauan di lokasi yang sering menjadi lokasi tumpuan umat Islam yang tidak berpuasa.
Tambahnya, sekiranya individu didapati melakukan kesalahan seperti tidak berpuasa atau menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa boleh didakwa di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...
BANJIR MELAKA: 225 MANGSA DIPINDAHKAN, 4 PPS KINI DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Situasi banjir di Melaka semakin buruk apabila seramai 225 mangsa daripada 65 buah keluarga terpaksa...