Sorting by

×

MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran Rendah Karbon 2030 menerusi 22 pengiktirafan diterima pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron, antara pencapaian utama diraih pihaknya adalah pengiktirafan 4 Diamond Rating Award bagi Kategori Zon-Kawasan MITC dengan kadar pengurangan emisi karbon sebanyak 7,688.76 tCO2eq (30.14%) berbanding ‘baseline’ (bacaan tahun asas).

Katanya, selain itu MPHTJ juga menerima pengiktirafan 4 Diamond Rating Award bagi Kategori Rakan Kongsi-Kompleks Melaka Mall dengan jumlah pengurangan emisi karbon sebanyak 1,975.77 tCO2eq (43.63%) berbanding baseline.

Whatsapp Image 2025 03 04 At 4.02.40 Pm
SAPIAH ketika berucap menyampaikan amanat pada majlis tersebut.

“Saya percaya atas usaha, semangat dan komitmen seluruh warga kerja MPHTJ, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini berpotensi untuk maju ke hadapan dengan meneruskan amalan hijau.

“Kepada semua kakitangannya perlu sentiasa bekerjasama bagi memastikan segala agenda dan hala tuju dirangka MPHTJ dapat dilaksanakan dengan baik.

“Saya juga amat menghargai komitmen semua kakitangan yang hadir untuk berhimpun pada majlis ini dan menjadikan ia sebagai kewajipan dalam memastikan agenda kita seiring dengan pelan tindakan yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ bulan Februari 2025 anjuran Jabatan Penguatkuasaan di Kompleks Melaka Mall, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pencapaian MPHTJ Sapiah berkata, sementara itu 20 lagi pengiktirafan diraih oleh rakan strategik Hang Tuah Jaya di dalam pelaksanaan Agenda Rendah Karbon Hang Tuah Jaya adalah yang melibatkan 8 buah sekolah, 10 bangunan di dalam institusi pengajian tinggi, 2 buah Bangunan Pejabat Kerajaan dan 1 masjid.

Terdahulu, Sapiah mengiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, menerima anugerah berkenana yang disampaikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
Next post NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000