Sorting by

×

9 PASAR TANI PRA SYAWAL DI MELAKA MENJELANG AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

LENDU 2 Mac – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka akan membuka sebanyak sembilan Pasar Tani Pra Syawal di kesemua tiga daerah dalam negeri ini.

Pengarah FAMA Negeri Melaka Nor Azhar Abdul Hamid berkata, Pasar Tani Pra Syawal itu akan dibuka seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, pasar tani tersebut akan dirasmikan di Merlimau oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

“Pasar Tani Pra Syawal itu akan melibatkan beberapa lokasi lama pasar tani di negeri ini, selain ada juga membabitkan lokasi baharu di setiap daerah.

“Kita akan buka tiga Pasar Tani Pra Syawal di setiap daerah dengan harga yang dijual berpatutan dan segar untuk orang ramai membeli barangan persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Ramadan 1446H dan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani Peringkat Negeri Melaka di Pasar Tani Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nor Azhar turut memaklumkan sepanjang Ramadan ini bekalan sayur-sayuran, ayam, ikan dan lain-lain keperluan segar di kesemua pasar tani adalah mencukupi.

“Sepanjang Ramadan, lapan Pasar Tani sedia ada negeri ini beroperasi seperti biasa dan setakat hari ini kita tidak menerima sebarang maklumat mengenai bekalan akan terjejas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post UTEM IPT PENERAJU TENAGA LESTARI
Next post SENARAI PASAR RAMADAN, BAZAR AIDILFITRI DI MELAKA 2025