Sorting by

×

LAGU ‘BERHANTU’ MELAKA BAWA TUAH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TABOH NANING 1 Mac – Lagu Senandung Anak Melaka, membawa tuah kepada penyanyinya, Yasser Fikri apabila dia menerima insentif khas berjumlah RM80,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Sebelum ini Yasser diberikan kepercayaan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk membawakan lagu ‘berhantu’ itu yang juga lagu tema Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Selain tuah lagu itu sendiri, Yasser Fikri atau lebih dikenali sebagai Yasser Atak menganggap insentif khas yang diterima sebagai rezeki anak-anaknya terutama cahaya mata ketiganya Tiara Mahsuri Yasser lahir pada Jun tahun lalu.

“Rezeki ini juga adalah daripada keberkatan doa ibu saya, terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Ketua Menteri, isteri, adik-beradik, keluarga dan semua pihak. Saya cuma dimaklumkan akan terima anugerah, langsung tidak sangka dapat insentif sebenar ini.

“Terima kasih juga kepada pencipta lagu abang Fauzi Mohamad dan Siso Kopratasa, jika tidak ada lagu Senandung Anak Melaka saya juga tidak ada di tahap ini sekarang,” katanya.

Anak kelahiran Klebang ini berkata, meskipun ada banyak lagi lagu lain yang popular di negara ini, namun Senandung Anak Melaka mempunyai aura yang tersendiri.

Lagu itu mula mendapat perhatian apabila dinyanyikan penyanyi nombor satu negara,  Datuk  Seri Siti  Nurhaliza bersama Yasser Fikri pada sambutan TMM2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024, pada 31 Disember 2023.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post TMM2024 SERLAH KEUNGGULAN MELAKA
Next post MELAKA HARGAI JASA AGENSI MEDIA JAYAKAN TMM2024