Sorting by

×

KULINARI PENUH NOSTALGIA DI ‘MENDAM BERAHI’

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Mac – Restoran Terapung Mendam Berahi menampilkan kulinari klasik penuh nostalgia menerusi pakej iftar ‘Teratak Ramadan D’Sungai Melaka’ bermula 7 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, Ramadan adalah masa bagi seluruh isi keluarga dan sahabat handai berkumpul bersama.

Berikutan itu sajian penuh nostalgia membawa keluarga dan rakan-rakan lebih dekat dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa yang menghidupkan kembali rasa masakan rumah.

“Lokasi Restoran Mendam Berahi di tebing Sungai Melaka juga menawarkan suasana lebih santai dan ‘rileks’ selepas seharian berpuasa. Kami berbangga dapat menyajikan hidangan iftar mencerminkan jiwa dan cita rasa masakan Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan Mr. Salai Smoke Haus memperkenalkan pakej ini pada harga bermula RM29.90 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, RM39.90 (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM49.90 untuk dewasa 12 hingga 59 tahun,” katanya.

Whatsapp Image 2025 02 28 At 3.00.04 Pm
RESTORAN Terapung Mendam Berahi menawarkan suasana berbuka lebih santai dan ‘rileks’.

Shaharul Azuar berkata, antara juadah disajikan adalah kambing golek, daging salai masak lemak cili padi, udang galah masak lemak nanas, ikan patin masak tempoyak, tetel asam pedas, cekodok, lempeng, kuih-muih tradisional, buah-buahan tempatan dan pelbagai aneka minuman.

Jelasnya, bagi memberikan kelainan dan kepuasan kepada pelanggan, menu yang ditawarkan di restoran itu akan ditukar setiap minggu.

“Restoran Terapung Mendam Berahi boleh menampung seramai 60 tetamu pada satu-satu masa. Tambahan wang RM10 akan dikenakan bagi semua kategori usia sekiranya ada permintaan khas untuk berbuka dalam kumpulan besar di restoran ini

“Selain Restoran Terapung Mendam Berahi, pengunjung juga boleh memilih berbuka puasa di Dataran Pengkalan Rama dengan pilihan harga berpatutan, kawasan ini boleh menampung 200 tetamu pada satu-satu masa,” katanya.

Pihak pengurusan PPSPM juga menyediakan kemudahan surau kepada umat Islam yang tidak mahu belengah untuk menunaikan solat Maghrib selepas bermuka puasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MELAKA SYOR SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT
Next post MBSB TEROKA BIDANG PERNIAGAAN BAHARU