Sorting by

×

UTEM IPT PENERAJU TENAGA LESTARI

Masa Membaca:54 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 Mac – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mencipta kejayaan dalam pengurusan tenaga lestari apabila merangkul Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2024 untuk kategori ‘Energy Management in Large Building’.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Apresiasi Anugerah Tenaga Kebangsaan 2024 anjuran PETRA di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Kejayaan itu menjadikan UTeM satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang meraih anugerah berkenaan dua kali berturut-turut, selepas kemenangan pertama pada 2021.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kemenangan itu membuktikan kesungguhan pihaknya dalam menerajui bidang pengurusan tenaga lestari peringkat serantau.

“Rantaian kejayaan cemerlang ini menzahirkan komitmen berterusan UTeM menjadi peneraju serantau dalam bidang pengurusan tenaga lestari di samping menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Ia berfokus kepada dua bidang SDG iaitu SDG11 (Bandar dan Penempatan Mampan) dan SDG12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab),” katanya menerusi satu kenyataan.

Atas kemenangan itu UTeM membawa pulang piala, sijil kecemerlangan, serta wang tunai sebanyak RM40,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post JELAJAH BAITULMAL MAIM IMARAH MASJID MENJELANG RAMADAN
Next post 9 PASAR TANI PRA SYAWAL DI MELAKA MENJELANG AIDILFITRI