Sorting by

×

PPSPM RANCANG PROGRAM CSR SEMPENA RAMADAN

Masa Membaca:45 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Februari – Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menganjurkan iftar percuma bersama sekolah-sekolah tahfiz terpilih di negeri ini sempena Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di samping mengisi pelbagai aktiviti kerohanian.

Katanya, PPSPM turut akan menjalankan aktiviti lain yang bersesuaian untuk mempromosikan bot Melaka River Cruise (MRC).

“Perancangan PPSPM sepanjang Ramadan antaranya adalah kita akan bekerjasama dengan beberapa pusat tahfiz di negeri ini dalam penganjuran iftar bersama.

“Kita tahu operasi MRC agak kurang pada bulan puasa, jadi ini merupakan masa untuk kita isi dengan pelbagai agenda kerohanian, selain kita selitkan program-program ibadah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Shaharul berkata masa pengoperasian MRC sepanjang Ramadan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post SUSPEK TETAK BAPA DIREMAN TIGA HARI
Next post IBU TUJUH ANAK JOHAN TILAWAH AL-QURAN