
SUSPEK TETAK BAPA DIREMAN TIGA HARI
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar, bagi membantu siasatan kes itu.
“Permohonan reman terhadap suspek (kes di bawah) Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibenarkan selama tiga hari bermula 27 Feb hingga 1 Mac ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata parang yang dipercayai digunakan untuk menetak bapanya itu dijumpai di dalam semak berhampiran rumah suspek di kampung terbabit petang semalam.
Lelaki itu berjaya ditahan polis pada 10 pagi semalam ketika dia berlegar-legar di sekitar kawasan kampung berkenaan dalam keadaan lemah.
Kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang, Isnin dan mangsa Halim Lebai Othman yang cedera pada bahagian kepala dan telinga kiri dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan telah dibenarkan keluar wad pada Selasa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA FOKUS UTAMA PERKASA KEMAS MELAKA
TELOK MAS 27 FEBRUARI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Melaka perlu memperkasakan gerak kerja berimpak tinggi bagi pembangunan masyarakat luar...
96 PERATUS PERANCANGAN FASA 1 PSMJ 2035 TERLAKSANA PADA 2024
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Sebanyak 96 peratus daripada keseluruhan perancangan Fasa 1 Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035...
TUJUH PENCAPAIAN UTAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Tujuh pencapaian utama berjaya diraih oleh Kerajaan Negeri Melaka hasil daripada pelbagai inisiatif baharu yang...
PERTUMBUHAN EKONOMI MELAKA TERUS POSITIF
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka sepanjang tahun...
MELAKA PERINTIS LAKSANA TABIKA BERKEPERLUAN KHAS
TELOK MAS 27 Februari - Melaka menjadi negeri perintis pelaksanaan Tabika Berkeperluan Khas bagi Program Pembangunan Anak autisme. Ketua Menteri...
MELAKA LEPASI SASARAN, CATAT NILAI PELABURAN RM8.18 BILION PADA 2024
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Melaka merekodkan nilai pelaburan berjumlah RM8.18 bilion pada tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri...