
DOKTOR DITAHAN DISYAKI BERKELAKUAN TIDAK SENONOH TERHADAP PESAKIT
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata penjawat awam berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam tadi selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kes berkenaan.
“Lelaki itu ditahan di hospital berkenaan dan kini direman empat hari hingga 2 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, doktor itu telah memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
12 FLAGSHIP, PSMJ 2035 VERSI 3 IKUT PERANAN PORTFOLIO EXCO
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 Versi 3 menjadi Pelan Induk Pembangunan Negeri Melaka,...
IBU TUJUH ANAK JOHAN TILAWAH AL-QURAN
PENGKALAN BATU 27 Februari - Mengalami masalah sakit tekak hingga menjejaskan kualiti suaranya langsung tidak melemahkan semangat Sarrul Munirah Haris,...
PPSPM RANCANG PROGRAM CSR SEMPENA RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menganjurkan iftar percuma bersama sekolah-sekolah tahfiz...
SUSPEK TETAK BAPA DIREMAN TIGA HARI
KANGAR 27 Februari - Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang disyaki menetak bapanya berusia 73 tahun di...
MELAKA PERTIMBANG TERUSKAN PROGRAM KURSUS KAHWIN PERCUMA
KESIDANG 27 Februari - Program insentif Pra-Perkahwinan Islam Negeri Melaka secara percuma mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh sebulan sejak penyertaannya...
MPHTJ RANGKA PELBAGAI AKTIVITI KEROHANIAN SEPANJANG RAMADAN
AYER KEROH 27 Februari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian sepanjang bulan Ramadan ini....