Sorting by

×

MELAKA TUAN RUMAH TUJUH KEJOHANAN TENIS KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi tujuh kejohanan tenis peringkat kebangsaan dan antarabangsa dijadual bermula April hingga November tahun ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, bermula April Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan National Circuit Junior, National Circuit 2025, tiga kejohanan peringkat Asia bagi kategori bawah 14 dan 16 bakal melibatkan peserta negara ASEAN.

Katanya, negeri ini juga akan menjadi tuan rumah kejohanan Melaka Heritage International Inter Team (MHIITT) 2025 dan Kejohanan International Tennis Federation (ITF) M15 yang akan menghimpunkan pemain bertaraf ranking ITF.

“Kerajaan Negeri akan membantu Persatuan Lawn Tennis Melaka (MLTA) bagi menjayakan penganjuran kesemua kejohanan tersebut.

“Kita juga menggalakkan persatuan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) menganjurkan pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi mempromosi Negeri Melaka,” katanya pada sidang media MLTA bagi mengumumkan penganjuran kejohanan berkenaan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden MLTA Muhammad Shahrul Hafidz Abd Rahim dan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka Mohd Asri Ninggal.

Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, Kerajaan Negeri berharap penganjuran pelbagai kejohanan sukan di Melaka mendapat sokongan daripada pihak swasta, khusus melibatkan aspek penajaan.

Menurutnya, sokongan berterusan semua pihak mampu membantu Melaka mengukuhkan kedudukan sebagai lokasi penganjuran ternis terkemuka dalam peta dunia.

“Bagi kejohanan bertaraf antarabangsa kita sudah menerima pengesahan daripada 15 negara. Kejohanan ini dijadual berlangsung di Kompleks Tennis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Ayer Keroh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post UJIAN SARINGAN KANSER KOLOREKTAL
Next post JEJANTAS TUN TEJA TERIMA LEBIH 10,000 PENGUNJUNG SEJAK DIBUKA