Sorting by

×

ANAK PENGKALAN BATU HEBAT DI LITAR TERIMA ANUGERAH IKON SUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

PENGKALAN BATU 25 Februari – “Anugerah ini amat bermakna untuk saya, terima kasih kerana memberi satu pengiktirafan yang akan saya kenang sampai bila-bila.”

Itu kata pelumba pelumba ONEXOX TKKR RACING TEAM, Md Shafiq Rasol yang dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Pengkalan Batu bersempena Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, semalam.

Pelumba berusia 29 tahun yang juga anak jati DUN Pengkalan Batu itu mengakui terkejut dan tidak menyangka akan menerima pengiktirafan sedemikian, namun pada masa bersyukur kerana usaha dan penat lelahnya dalam sukan permotoran mendapat perhatian wakil rakyat dan Kerajaan Negeri.

“Sudah pastinya saya gembira kerana terpilih kerana ianm bukan sesuatu yang senang untuk diraih memandangkan lebih ramai di luar sana yang aktif dalam bidang sukan.

“Tidak sangka usaha dan pencapaian saya selama ini membolehkan saya mendapat anugerah ini. Ini pertama kali saya menerima anugerah sebegini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia ditemui selepas menerima berkenaan yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Program WRUR DUN Pengkalan Batu, di perkarangan Melaka Sentral, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin serta lain-lain kenamaan.

Menurut Md Shafiq, anugerah yang diterima itu menyuntik semangat untuknya untuk terus berjaya dalam sukan permotoran dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Melaka.

“Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk harumkan nama Melaka di persada antarabangsa pada masa mendatang. Terima kasih khususnya kepada Adun Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin dan juga Ketua Menteri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post 500 BELIA ‘BERKAMPUNG’ TUKAR PENDAPAT, PANDANGAN SEMPENA TUAH
Next post ‘LUPA RASA SAKIT DAPAT BERBUAL DENGAN KETUA MENTERI’