Sorting by

×

WRUR SERENTAK DI LENDU, SUNGAI UDANG MEI DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PENGKALAN BATU 23 Februari – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) edisi seterusnya akan berlangsung serentak melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Sungai Udang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran WRUR secara serentak di DUN Lendu dan Sungai Udang itu ditetapkan pada 18 hingga 31 Mei depan.

Jelas beliau, penganjuran serentak itu bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran selain lokasinya yang bersempadan.

“Kali ini kita akan mencari satu titik pertemuan yang mana kawasan yang bersempadan tetapi di bawah berlainan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi pesakit terlantar dan menampal pelekat Kampung Digital dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin, di Kampung Peringgit, hari ini.

Yang hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Img 20250223 143422 006
KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh melawat pesakit terlantar, Shaari Sahak, 49, sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu di Kampung Peringgit. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Menurut Ab Rauf, penetapan WRUR di dua DUN itu adalah bagi memperkasakan lagi pelaksanaan dan memberi lebih banyak masa dalam meneliti setiap maklum balas diterima.

“Jadi kita akan mempunyai banyak masa dan ruang untuk memantau serta menerima maklum balas termasuk dalam menguruskan urusan kerajaan yang lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

106
Kongsi :
Previous post MELAKA SENTRAL AKAN DINAIK TARAF, TIDAK DIROBOHKAN
Next post WRUR: INISIATIF KAMPUNG DIGITAL MELAKA DIPERHEBATKAN