Sorting by

×

1,000 PESERTA MERIAHKAN SATRIA BRISKWALK

Masa Membaca:2 Minit, 26 Saat

PENGKALAN BATU 23 Februari – Penganjuran Langkah Satria BriskWalk sejauh 4.5 kilometer turut melalui Jejantas Tun Teja, melibatkan 1,000 peserta pelbagai peringkat umur, menunjukkan semakin ramai rakyat Melaka memilih untuk aktif dan membudayakan amalan gaya hidup sihat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif di bawah Program Senam Seni 2.0 itu adalah modul baharu diperkenalkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Img 20250223 124002 541
KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh melepaskan peserta Briswalk Langkah Satria selepas Majlis Perasmian Senam Seni 2.0 Peringkat Negeri Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu di Taman Cempaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

“Ini sebagai kesinambungan daripada Senam Seni 1 Malaysia yang menggabungkan elemen tarian tradisional dan moden sebagai gerakan asas senamrobik.

“Saya menyambut baik dan menyokong usaha JKKN bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berhasrat menjadikan modul baharu ini sebagai manifestasi penghargaan terhadap seni warisan tarian.

“Malah saya percaya program ini dapat memberi manfaat bukan sahaja dalam konteks kesihatan, sebaliknya memperkukuh kesepaduan sosial masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Senam Seni 2.0 Peringkat Negeri Melaka Sempena Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Peringkat DUN Pengkalan Batu di sini, hari ini.

Img 20250223 124447 553
KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh melepaskan peserta Briswalk Langkah Satria selepas Majlis Perasmian Senam Seni 2.0 Peringkat Negeri Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu di Taman Cempaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin.

Yang turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizal Roslan; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.

Img 20250223 124625 543
PESERTA Briswalk Langkah Satria selepas Majlis Perasmian Senam Seni 2.0 Peringkat Negeri Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu di Taman Cempaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Ketika berucap Ketua Menteri menegaskan pentadbiran beliau akan memastikan program pembangunan sukan secara inklusif di negeri ini terus diperkasa.

“Menyedari kepentingan sektor sukan dan riadah, Kerajaan Negeri Melaka terus komited ke arah memperkasa program pembangunan sukan secara inklusf bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.

“Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai fasiliti serta kemudahan infrastruktur sukan dan riadah yang lengkap bagi menggalakkan warga Melaka beriadah atau bersukan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

171
Kongsi :
Previous post AKKB BERJAYA KUMPUL HAMPIR 20,000 KG BARANGAN KITAR SEMULA
Next post PERKASA KOMUNITI MELALUI SENI AWAM