Sorting by

×

MPAG KREATIF RANGKA PERSEKITARAN MESRA KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

ALOR GAJAH 23 Februari – Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Alor  Gajah (MPAG) dilihat kreatif dalam menyediakan persekitaran ceria, kondusif, mampan dan mesra komuniti kepada penduduk di daerah ini.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu MPAG sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti akademik,  industri atau agensi Kerajaan lain yang berminat.

Katanya, MPAG juga sedang menyusun pelbagai program menarik yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk di daerah itu sepanjang tahun ini.

“Saya yakin sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab, MPAG sentiasa komited dalam melakukan perubahan. Contoh bagi penganjuran Car Free Zone di Dataran Keris akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai program yang menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Mungkin sebelum ini ada kurang senang dengan penutupan jalan bagi pelaksanaan Car Free Zone, namun berdasarkan laporan terkini kita mula menerima maklum balas positif daripada orang ramai.

“Sekarang Dataran Keris antara lokasi santai utama menjadi pilihan penduduk tempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga khusus pada malam minggu,” katanya..

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin merasmikan Program Car Free Zone Alor  Gajah, Santai Malam Minggu dan Pelancaran Projek Warnaloka Dataran Keris di Dataran Keris, semalam.

Hadir sama pada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim; Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini serta Pengurus Besar Syarikat Julie’s, Lee Boon Seng.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

121
Kongsi :
Previous post PERKASA KOMUNITI MELALUI SENI AWAM
Next post WRUR PENGKALAN BATU REALISASI 167 PROGRAM, SANTUNI 364 ADUAN RAKYAT