Sorting by

×

FASILITI ‘DROP OFF COLLECTON KITARECYCLE’ DI SETIAP PARLIMEN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 22 Februari – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menyasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu fasiliti umum ‘drop off collection’ (DOC) KITARecycle di setiap parlimen seluruh Melaka tahun ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, setakat ini hanya dua fasiliti umum DOC KITARECYCLE yang beroperasi iaitu di Taman Botanikal Ayer Keroh dan TS Park, Taman Desa Bertam, Paya Rumput.

Katanya, selain itu pihaknya juga mempunyai beberapa ‘mobile’ fasiliti yang bergerak ke kawasan tumpuan ramai untuk mengumpul barangan kitar semula daripada orang awam.

“Mobile fasiliti ini juga akan digerakkan ke kawasan tertentu untuk melaksankan kajian sebelum DOC KITARecycle dibangunkan.

“SWM mensasarkan pada tahun ini sekurang-kurangnya satu DOC KITARecycle umum akan dibangunkan di setiap parlimen dengan kerjasama Kerajaan sementara itu kolaborasi dengan pihak swasta pula kita jangkakan sebanyak lima lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian KITARecycle dan Pemeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara SWM Dan PDG Property, yang turut dihadiri Pengarah Urusan PDG Property Group, Datuk Seri Gwee Yew Kiat, di I-Asrama di Ayer Keroh Eco Park, hari ini.

Menurut Mohd Norlisam, dalam usaha meningkatkan kelestarian Negeri Melaka pihaknya akan memperluaskan lagi kerjasama dengan pihak swasta yang lain khususnya pengurusan asrama pekerja yang lain.

“Ini adalah titik permulaan untuk SWM untuk meneruskan kerjasama dengan pihak lain yang berminat untuk mempunyai DOC KITARecycle di premis mereka sekaligus menjadikan DOC KITARecycle I-Asrama Ayer Keroh sebagai model.

“Di pihak SWM kita akan bergerak dan pergi ke syarikat-syarikat untuk bersama-sama selain PDG Property sendiri telah mengorak langkah pergi ke kawasan pembangunan mereka,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

106
Kongsi :
Previous post WARGA EMAS BERSYUKUR RUMAH BERWAJAH BAHARU AIDILFITRI TAHUN INI
Next post PROJEK WTE BERMULA JUN DEPAN