Sorting by

×

MELAKA TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI RAYA MADANI 2025

Masa Membaca:34 Saat

BANDA HILIR 21 Februari – Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Raya Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Perkara itu diumum Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika berucap pada program Rapat Umum Bahtera Merdeka di hadapan Muzium Belia, di sini, malam tadi.

Menurut Ab Rauf, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh kekal menjadi lokasi sambutan dan tarikh penganjurannya akan diumumkan kelak.

“Jadi saya menyeru orang Melaka datang beramai-ramai untuk memeriahkan acara ini nanti.

“Insya-Allah kita mahu buktikan apa yang diberi kita boleh buat dan seterusnya menjadikan Melaka bukan sahaja sebuah negeri yang hebat, tetapi orang Melaka juga hebat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1226
Kongsi :
Previous post LEBIH 75,000 NIKMATI ‘HADIAH’ MASUK PERCUMA DI MELAKA
Next post SERU SEJARAWAN KAJI SEMULA KISAH KEHEBATAN MELAKA KURUN KE-14