Sorting by

×

LEBIH SISTEMATIK, PENGUNJUNG TIDAK PERLU ‘BERPOSAK’ NAIK BOT MELAKA RIVER CRUISE

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Februari – Persediaan awal dilakukan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya memastikan kaedah Pengurusan pengunjung bagi kemasukan percuma sempena cuti umum Hari Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu ke Melaka River Cruise (MRC) menjadi lebih sistematik dan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, mengambil iktibar daripada penganjuran tahun lalu, pihaknya menyediakan 40 bot MRC beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Daripada segi sistem pula, kita buka empat jeti pada tahun ini iaitu Jeti Taman Rempah; Jeti Pengkalan Rama; Jeti Melaka Sentral dan Jeti Muara Sungai (Quay Side)berbanding dua jeti pada tahun lalu iaitu di Jeti Taman Rempah dan Jeti Pengkalan Rama.

“Jadi orang ramai tidak perlu ‘berposak’ untuk beratur sehingga keluar dari kaunter, berjemur tengah panas untuk menaiki Bot Melaka River Cruise.

“Mereka boleh beratur dan ambil tiket di empat jeti, tidak perlu beratur panjang atau menunggu lama untuk menikmati perkhidmatan percuma bot kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Jeti Pengkalan Rama operasi kemasukan percuma di Melaka River Cruise, Jeti Taman Rempah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata pihaknya sentiasa positif dan mengambil kira setiap aduan dan cadangan yang dilontarkan untuk menambah baik sistem di PPSPM khususnya di Melaka River Cruise.

“Kita juga menerima maklum balas yang positif daripada pengunjung yang berkata tahun ini lebih teratur dan mereka yang bawa anak-anak tidak perlu menunggu lama,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post MASUK PERCUMA GADEK HOTSPRING DILANJUTKAN HINGGA 12 TENGAH MALAM
Next post ‘TAHUN INI PELUANG ORANG MELAKA MASUK PERCUMA’