Sorting by

×

MBMB UMUM 23 LOKASI PASAR RAMADAN, BAZAR AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 20 Februari – Sebanyak 21 Pasar Ramadan dan dua Bazar Aidilfitri telah diputuskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

MBMB menerusi hantaran di laman rasminya memaklumkan, bagi penganjuran Pasar Ramadan, ia akan beroperasi bermula jam 5 petang hingga 8 malam.

“Antara senarai Pasar Ramadan di bawah pentadbiran MBMB adalah di Jalan Solok Pantai Peringgit; Taman Cempaka; Tempat Letak Kereta Jalan Klebang Besar di Kampung Balik Buluh; Taman Kesidang Seksyen 2/24; Taman Bertam Perdana; Taman Pandan Malim, Balai Panjang; Taman Bertam Jaya; Jalan CP1, Jalan Cheng Perdana; Batu 7 1/2 Kampung Paya Rumput; Taman Rambai Utama.

480701825 1190978802595148 8693697755293933540 N

“Selain itu, ia turut membabitkan kawasan Taman Rambai Jaya; Kawasan Perindustrian Taman Krubong Jaya; Jalan Lama Taman Krubong Permai; Jalan Utama Hadapan Sekolah Telok Mas; Tapak Pasar Malam Paya Ikan; Taman Semabok Perdana; Tapak Pasar Malam Duyong; Jalan Taman Terendak Permai, Sungai Udang; Jalan Kejora 2, Taman Tanjung Minyak Perdana; Persimpangan Paya Dalam dan Pentas Budaya, Pantai Puteri,” kata kenyataan itu.

480490708 1190978869261808 4749984303869604346 N

Sementara itu, menurut MBMB, waktu operasi bagi Bazar Aidilfitri pula berbeza mengikut lokasi, di mana Bazar Aidilfitri Banda Hilir akan bermula seawal jam 9 pagi hingga 2 pagi, manakala Bazar Aidilfitri Klebang akan beroperasi pada jam 5 petang hingga jam 2 pagi.

MBMB turut mengingatkan orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan sekitar di samping menyokong ekonomi tempatan sepanjang Bulan Ramadan nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

819
Kongsi :
Previous post LESTARI RUN MACHAP JAYA BUKA 200 PENYERTAAN TAMBAHAN
Next post SUSU PERCUMA ATASI ISU MURID ‘BANTUT’