
Twitter bakal perkenalkan fungsi baharu
WASHINGTON 18 Dis. – Twitter bakal memperkenalkan fungsi baharu pada tahun depan untuk membolehkan pengguna membezakan antara akaun yang dikendalikan oleh manusia dan automatik, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Pada 2021, kami merancang membangunkan jenis akaun baharu untuk mengenal pasti akaun automatik (bot) dengan akaun dikendalikan manusia, bertujuan memudahkan pengguna membezakannya,” umum syarikat itu pada Khamis.
Hantaran Twitter secara automatik, juga disebut bot, dapat digunakan untuk berkongsi pemberitahuan kecemasan yang berguna, tetapi ia juga mungkin alat propaganda dan maklumat yang salah.
Twitter berkata pada tahun depan pihaknya juga merancang memperkenalkan satu lagi pilihan sama ada untuk menyimpan atau menutup “akaun peringatan” iaitu akaun pengguna yang meninggal dunia.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...