Sorting by

×

UTEM LEBAR SAYAP TVET JELITA@UTEM KE UZBEKISTAN

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

DURIAN TUNGGAL 18 Februari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam proses melebarkan sayap program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus untuk wanita yang dikenali sebagai JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) ke negara Uzbekistan.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, memperluaskan program TVET JELITA di Uzbekistan merupakan sebahagian daripada agenda dalam rangka kerjasama strategik antara UTeM dan universiti-universiti Uzbekistan.

Jelasnya, ini merupakan permintaan daripada pihak mereka yang juga berhasrat untuk memperkasakan program-program berteraskan TVET untuk golongan wanita di negara berkenaan.

Katanya, UTeM sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dimiliki berdasarkan reputasi kejayaan dalam menjayakan program TVET JELITA dalam negara bermula sejak tahun 2023 lalu sejurus program TVET JELITA dilancarkan.

ā€œJusteru UTeM terus pro aktif dalam memastikan kejayaan program bertaraf nasional ini berjaya secara bersepadu malahan impaknya turut dapat diperluaskan ke pentas antarabangsa menerusi hubungan keserakanan universiti-universiti peringkat global.

Beliau berkata demikian sempena dengan Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) antara UTeM bersama dengan 2 buah universiti dari Uzbekistan iaitu Tashkent University of Information Technologies (TUIT) dan Bukhara Engineering and Technological Institute (BETI) di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Mengulas lanjut pengisian rangka kerjasama strategik ini, Massila menyatakan UTeM bersama TUIT dan BETI turut akan menumpukan kepada beberapa agenda lagi untuk dijayakan bersama.

Ujarnya, kami akan memperkasakan agenda kolaborasi akademik, penyelidikan, pertukaran staf dan pelajar dan pada masa yang sama bidang edupelancongan turut menjadi perincian lanjut untuk dizahirkan nanti sekaligus merancakkan persekitaran pelancongan negeri Melaka.

ā€œDi samping itu, beberapa produk inovasi yang berpotensi besar dari ketiga-tiga institusi pendidikan tinggi ini turut akan dilonjakkan proses pengkomersialannya menerusi cabang projek spin off secara bersama.

ā€œSecara umumnya kerjasama strategik ini bukan hanya dalam konteks dunia pendidikan tinggi semata-mata, malahan turut mengukuhkan hubungan diplomasi antara 2 buah negara di rantau Asia ini,ā€ ujarnya lagi.

Dalam kunjungan delegasi dari Uzbekistan itu, TUIT diwakili oleh rektornya Prof. Dr. Bakhtiyor Makhkamov manakala BETI pula diwakili rektornya Siddokova Sadokat yang telah menandatangani LoI bersama UTeM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim, barisan dekan-dekan fakulti serta Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global (UGlobe), Hazman Hasib.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post SUSPEK KES TEMBAK DI PUSAT BELI-BELAH MAUT DITEMBAK DI PULAU KETAM
Next post TAMBAH TABIKA PRA TAHFIZ DI MELAKA