Sorting by

×

MELAKA SIAP SIAGA HADAPI CUACA PANAS, KERING

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PAYA RUMPUT 15 Februari – Rentetan negara dijangka menghadapi cuaca panas dan kering bermula bulan ini hingga Mei, Kerajaan Melaka mengambil langkah siap siaga dengan mengemaskini laporan penuh berkenaan fenomena tersebut bersama agensi-agensi berkaitan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pihaknya sudah mengambil maklum laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan akan memastikan semua yang terlibat bersedia dengan pelbagai pelan dan perancangan untuk menangani sebarang krisis.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, pelbagai agensi terutamanya yang bertanggungjawab menjaga bekalan air telah mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini.

“Setakat ini, paras air di setiap kolam takungan air masih lagi dalam keadaan yang baik, dan saya ambil maklum segala apa yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tangga Batu dan Gunting Rambut Percuma di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Taman Paya Rumput Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Adun Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Terdahulu, pada program tersebut, seramai 220 anak-anak yang masih bersekolah dalam Parlimen Tangga Batu telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan alat tulis, selain turut menerima manfaat gunting rambut secara percuma oleh MBMB.

Sebelum ini, media melaporkan negara kini berada di fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.

Ia menyebabkan ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang, selain boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1301
Kongsi :
Previous post MAIM SIASAT DAKWAAN WANITA GAGAL DAPAT BANTUAN, TERPAKSA TIDUR DI SURAU
Next post KONSERT @TANJUNG BIDARA BERLANGSUNG MERIAH