Sorting by

×

BOT TERBALIK: TIGA SELAMAT, SEORANG DIKHUATIRI LEMAS 

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MERLIMAU 15 Februari – Tiga selamat, manakala seorang masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Loji Lanchang, Kampung Lanchang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kesemua mangsa yang merupakan satu keluarga itu dipercayai menaiki bot untuk menjala ikan.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) KUP Abdillah Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.36 pagi dan menggerakkan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bestari ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi pada jam 10.42, tiga daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun, wanita berusia 35 tahun dan kanak-kanak lelaki 10 tahun telah berjaya diselamatkan orang awam.

Namun, katanya, terdapat seorang mangsa iaitu pemuda berusia 21 tahun masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan.

“Tiga mangsa yang selamat telah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi pencarian mangsa yang belum dijumpai sedang dijalankan menggunakan teknik water surface membabitkan dua buah bot dari BBP Jasin Bestari dan orang awam,” katanya.

Menurutnya, setakat ini anggota bomba membuat pencarian di tiga sektor iaitu lokasi mangsa terjatuh, tengah sungai (arus deras) dan hujung muara sungai.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3122
Kongsi :
Previous post ‘PINTAS’ BANTU TRANSFORMASI ASNAF MELAKA
Next post MBMB ‘PAYUNG’ 600 PELAJAR GUNTING RAMBUT PERCUMA