Sorting by

×

LIMA BERANAK RENTUNG: LAILA FATHINAH HAMIL LIMA BULAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

JASIN 13 Februari – Laina Fathinah Mustapa, 37, dan empat anak yang terkorban dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai awal pagi tadi disahkan sedang hamil lima bulan.

Ibu mangsa, Ruziha Rosman, 60, ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Jasin, berkata Laila Fathinah yang juga anak sulungnya itu sedang hamil cucunya yang ketujuh.

Katanya, tragedi menyayat hati itu amat mengejutkan mereka sekeluarga kerana dia baru sahaja menghantar arwah dan empat cucunya pulang ke Umbai, jam 11.30 malam semalam.

“Selasa lalu, arwah dan lima anak pulang ke rumah saya di Puchong, Selangor kerana cucu ketiga berusia lapan tahun ada janji temu di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM). Dia perlu menjalani rawatan susulan berikutan terbabit kemalangan di Alor Gajah, 30 Januari lalu.

“Saya ambil mereka di stesen bas kerana menantu tidak ikut sama, akibat kemalangan itu dia patah bahu dan kaki kanan. Sepanjang perjalanan ke hospital kami rancak bersembang termasuk melibatkan hal kemalangan yang berlaku, ketika itu berasa amat mesra kerana turut diselit gurau senda.

“Arwah anak dan cucu langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan ganjil. Syukur menantu selamat, selain itu dua lagi cucu berusia lapan dan 18 tahun pula berada di rumah saya di Puchong ketika kejadian berlaku,” katanya.

Bercerita lanjut Ruziha berkata, ketika di PPUM Laila Fathinah menguruskan sendiri hal anaknya kerana dia juga mempunyai janji temu dengan doktor lain.

Terdahulu tragedi awal pagi itu mengorbankan Laila Fathinah dan empat anaknya iaitu Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6 serta Izz Danish Fathi, 4 tahun.

Sementara itu suaminya Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, sempat diselamatkan orang ramai menerusi tingkap rumah berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post ‘MASIH TERNGIANG-NGIANG SUARA ISTERI, ANAK-ANAK’
Next post KARNIVAL ICT, INOVASI BANTU MANTAPKAN PERKHIDMATAN