![Whatsapp Image 2025 02 13 At 11.49.24 Am](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-13-at-11.49.24-AM.jpeg?v=1739418655)
LIMA MAUT KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN DI JEMPOL
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 9 malam membabitkan kereta jenis Perodua Axia, Toyota Mark X dan Ford Ranger itu, empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Axia berusia 31 tahun bersama tiga penumpang berumur 16, 18 dan 19 tahun dari arah Rompin menuju ke Bahau.
“Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba datang kereta Toyota Mark X dipandu lelaki berusia 51 tahun yang masuk dari arah bertentangan dan bertembung secara berhadapan hingga menyebabkan Perodua Axia berpusing sebelum dilanggar di bahagian depan oleh Ford Ranger dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu Perodua Axia bersama dua penumpang dan pemandu Toyota Mark X maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta kaki manakala penumpang belakang Perodua Axia meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Hoo berkata pemandu Ford Ranger iaitu lelaki berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.