![Img 20250212 212627 702](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/IMG_20250212_212627_702.jpg?v=1739366802)
WRUR: ‘KAK SOM’ MAHU SANTUNI 250 KELUARGA
PENGKALAN BATU 13 Februari – Sebanyak 250 keluarga disasae akan disantuni menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, itu merupakan salah satu hasratnya untuk mengenali rakyat secara lebih dekat sepanjang dua minggu berlangsungnya program berkenaan.
“Saya tidak pernah penat menyantuni golongan memerlukan dalam DUN Pengkalan Batu, malah enjoy dengan peluang diberikan ini.
“Saya akan pastikan sepanjang WRUR ini sebanyak 250 keluarga memerlukan akan disantuni melibatkan pelbagai agensi dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
“Setiap perkara yang saya buat sepanjang WRUR ini adalah demi kesejahteraan rakyat, paling penting kita perlu seronok dengan tugas dilakukan,” katanya yang mesra dengan panggilan Kak Som.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini sempena program WRUR DUN Pengkalan Batu di Kompleks Japerun Pengkalan Batu di sini, semalam.
Dalam pada itu, Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berharap program WRUR Pengkalan Batu akan berjalan lancar dengan pelbagai pengisian program yang menarik.
“Jika warga Pengkalan Batu seronok, sudah tentu saya juga akan gembira, WRUR ini adalah platform untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.