Sorting by

×

WRUR: RAKYAT KENALI ‘KAK SOM’ LEBIH DEKAT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PENGKALAN BATU 13 Februari – Mesra dengan panggilan ‘Kak Som’, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin disifatkan sebagai pemimpin yang sangat mudah didekati rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang memberi peluang keemasan kepada rakyat untuk bersemuka dengan beliau.

Bagi Asnida Rahim, 34, Kak Som adalah seorang pemimpin mesra rakyat dan tekun dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika sebelum ini dapat bertemu sekejap saja dalam acara rasmi, tetapi apabila WRUR dilaksanakan lebih banyak masa yang dapat saya luangkan bersamanya.

“Dengan cara ini kita akan rasa pemimpin itu lebih dekat dengan rakyat, apa sahaja masalah dapat diadukan kepada beliau semasa program ini.

“Alhamdulillah ini kali kedua saya bertemu beliau, cuma sebelum ini agak singkat kerana beliau jadi perasmi program, tapi kali ini kita dapat jumpa lebih dekat lagi,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Kompleks Japerun Pengkalan Batu di sini, semalam.

Whatsapp Image 2025 02 12 At 19.01.46
ASNIDA

Seorang lagi warga Pengkalan Batu, Kamarudin Khamis, 52, menyifatkan Kalsom seorang pemimpin yang cuba menyelesaikan masalah rakyat dengan pantas.

“Program WRUR bagus untuk rakyat di Pengkalan Batu untuk selesaikan pelbagai masalah yang telah lama tertunggak.

“WRUR sangat baik untuk rakyat DUN ni, lebih-lebih lagi beliau senang didekati rakyat dan boleh bergurau seperti adik-beradik.

“Bagaimanapun beliau tetap tegas dalam melaksanakan kerja hakiki sebagai seorang pemimpin di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post WANITA MELAKA PERLU MANFAAT TEKNOLOGI TERKINI – KALSOM
Next post LIMA BERANAK RENTUNG DALAM KEBAKARAN