Sorting by

×

WRUR: ‘TERIMA KASIH SUDI ZIARAH IBU, BAPA KAMI’

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PENGKALAN BATU 12 Februari – Cabaran seorang gadis menjaga ibu dan bapa yang sedang sakit mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin menerusi Kembara Kak Som, baru-baru ini.

Kembara itu diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu 2025 yang bertujuan menyantuni rakyat di sekitar kawasan itu.

Dalam usia yang masih muda, Farhana Zahari, 32, mengambil tanggungjawab menjaga ibunya yang menghidap strok sejak dua tahun lalu dan bapanya yang mengalami masalah sakit kaki sejak setahun lalu.

Namun dia bersyukur kepayahan itu didengari dan mendapat perhatian pemimpin seperti Datuk Kalsom yang sudi menziarahi keluarganya di Kampung Musai, Bukit Baru.

“Saya dan adik Nur Izzati Zahari, 28, mengambil giliran untuk menjaga ibu Rogayah Mohamad, 68, dan bapa Zahari Adnan,72, kerana pergerakan mereka terbatas dan hanya mengharapkan bantuan daripada kami.

“Memang ibu dan bapa ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi tidak sangka pula ada pemimpin yang sudi datang ziarah keluarga saya kali ini.

“Perasaan gembira tidak boleh digambarkan bagaimana, terharu dan sedih semua ada, terima kasih kepada semua kerana masih prihatin dengan nasib golongan memerlukan seperti kami ini,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Zahari turut berterima kasih kepada Kalsom di atas keprihatinan wakil rakyat kawasan yang sanggup turun padang hanya untuk mendengar permasalahan dihadapi rakyat.

“Terima kasih sudi meluangkan masa dan melihat kami yang sedang susah ini, saya harap program seperti ini diteruskan supaya lebih ramai penduduk kampung dapat dibantu dan menerima manfaat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post ADA SAKSI LIHAT MANGSA BERTENGKAR DENGAN SUAMI SEBELUM KEMALANGAN