![Whatsapp Image 2025 02 11 At 4.53.08 Pm](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-11-at-4.53.08-PM.jpeg?v=1739267634)
TIKET WATER TAXI DUA HALA RM20 DARI JETI PENGKALAN RAMA 23 FEBRUARI INI
BANDARAYA MELAKA 11 Februari – Peminat muzik ‘rock’ bercadang menyaksikan Showcase kumpulan Barbarik boleh menggunakan perkhidmatan ‘water taxi’ untuk ke lokasi persembahan dijadualkan berlangsung di Restoran Hard Rock Cafe, Banda Hilir, 23 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, dengan harga tiket RM20 bagi perjalanan dua hala, tawaran itu dianggap sebagai amat berbaloi dan memberikan satu pengalaman unik kepada peminat.
Katanya, perkhidmatan water taxi sebagai alternatif untuk ke Restoran Hard Rock Kafe pada tarih berkenaan akan bermula pada jam 6 petang.
“Sempena Showcase Barbarik yang dianggotai Muss (vokalis), Jo Branko (gitar), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) 23 Februari ini, kami di PPSPM mengajak pengunjung untuk mencuba perkhidmatan ini.
“Naik water taxi dari Jeti Pengkalan Rama ke Hard Rock Cafe adalah satu alternatif kepada peminat, perlu ingat tarikh 23 Februari jatuh pada Ahad, kebiasaan sekitar restoran itu ditutup bersempena Zon Bebas Kenderaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas sesi preview makanan di Restoran Terapung Mendam Berahi di Pengkalan Rama, di sini, pada Isnin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.