Sorting by

×

DISKAUN KOMPAUN 80 PERATUS HINGGA 23 FEBRUARI

Masa Membaca:52 Saat

PENGKALAN BATU 11 Februari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 80 peratus dari 10 hingga 23 Februari ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, tawaran itu adalah bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu bertempat di Kompleks Japerun Pengkalan Batu.

Sapiah berkata, orang ramai mahu memanfaatkan tawaran menarik itu boleh berurusan di kaunter bergerak yang dibuka di perkarangan Japerun Pengkalan Batu.

“Mereka yang berkenaan dipelawa untuk singgah dan membayar kompuan pada tawaran diskaun 80 peratus, kaunter bergerak MPHTJ dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Tawaran diskaun ini melibatkan pelbagai jenis kompauan kecuali bagi kes yang dirujuk ke mahkamah dan kompaun kerja tanah yang terikat di bawah akta ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Back To School sempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata selain urusan berkaitan kompauan orang ramai juga boleh menjelaskan bayaran cukai tanah di kaunter bergerak yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

137
Kongsi :
Previous post TADIKA JAIM PILIHAN IBU BAPA, LAHIRKAN MUSLIM BERKUALITI
Next post TIKET WATER TAXI DUA HALA RM20 DARI JETI PENGKALAN RAMA 23 FEBRUARI INI